Tuesday 12 July 2011

Sinopsis Artikel

Kita perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi impak kepada mutu pengajaran seseorang guru. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
          Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyususn organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
        Kursus komputer perlu dihadiri oleh guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pengajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
          Cabaran yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberikan kesan terhadap pengajaran. .
            Masalah penggunaan computer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelejaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yan lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
           Semua guru harus mahir dalam  kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran semasa perlu diberikan perhatian.

12 comments:

  1. penggunaan komputer boleh menarik minat murid untuk belajar.

    ReplyDelete
  2. penggunaan ICT perlu agar murid tidak ketinggalan dalam perkembangan yang berlaku dalam pendidikan

    ReplyDelete
  3. Guru harus cekap mengendalikan ICT jadi murid pun terpikat.Zaman ini ,semuanya perlu dipelajari demi arus pemodenan.

    ReplyDelete
  4. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.

    ReplyDelete
  5. Ict penting dah masa ni,maklumlah murid zaman sekarang ni membesar dengan teknologi.

    ReplyDelete
  6. apa2pun...guru2 perlu berminat dan melakukan satu perubahan yg besar dalam diri untuk memastikan P&P kita lebih baik selaras dengan kehendak dn keadaan kini...

    ReplyDelete
  7. ICT memang banyak membantu dalam proses P&P. Namun, setiap guru haruslah berani dan mahir untuk menggunakannya.

    ReplyDelete
  8. Setuju. ICT banyak membantu proses P&P. Berbekalkan sebuah komputer riba ,murid-murid boleh belajar beribu pengetahuan.

    ReplyDelete
  9. Guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu ICT bagi memantapkan proses p&p.

    ReplyDelete
  10. Sangat-sangat setuju, ICT memang penting sekarang.Kadang-kadang murid lagi pandai ICT dari cikgu dia.

    ReplyDelete
  11. Betul tu cikgu Mahya, budak cepat ingat daripada cikgu. Dalam zaman serba It ni kita pun kena tambahkan pengetahuan kita supaya tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  12. pendapat yang diberikan adalah benar belaka.dalam arus teknologi guru perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan pengajaran

    ReplyDelete